Selasa, 24 Ogos 2010

ramadan semakin meninggalkan kita

arini dh malam ke 15 ramadan.....sekejap je...pejam celik...pejam celik tinggal 15 hari je lagi nak abiskan mase bersam2 ramadan...sedihnya Ya Allah....hari2 yg dh kita lalui berapa byk dah mase kita habiskan utk beribadah..cuba kita hitung2 darab bahagi tolak tambah...berapa jam je sehari kita spend kan mase dgn kekasih no 1 kita ALLAH......

mari same2 kita muhasabah diri kita
analisa,analisa,analisa siapa kita....
kata imam ghazali: haasibu anfusakum qobla antuhaasibu,waazinu anfusakum qobla antuwaazinu.
sebelum di tarik nyawa ayuh kita bangkit utk mencari mardhotillah..

Khamis, 12 Ogos 2010

suka duka bersamamu

Alhamdulillah...
ku panjatkan setinggi kesyukuran kepada Rabbul izzati, kerana memanjangkan umur ku dpt bertemu dgn tetamu yg dinanti2 oleh semua org mukmin.

dah 2hari bersama ramadan...seronok dpt berpesta ibadah....alangkah indahnya klu bulan2 yg lain seperti bln ramadan...disekolah sunyi sepi pelajar2...klu bln2 yg lain riuh rendah...waktu rehat disana-sini dengar suara pelajar mengalunkan bacaan ayat2 suci al-quran karimm didlm kelas masing2...seronokkan....rase tenang hati...masjid penuh dgn kaum muslimin utk menunaikan solat tarawih...alangkah indahnya klu 5waktu solat fardu semua kaum muslimin solat jemaah dimasjid...
moga dengan keberkatan ramadan kali ni kita dpt istiqomah dgn ibadah yg kita lakukan dibln ramadan ni pada bulan2 seterusnya..

Khamis, 29 Julai 2010

permintaan muaz yg sangat agung

Dr aidh Abdullah al-Qarni dalam kitabnya 'ila allazina 'ala anfusihim menukilkan satu kisah ketika kuda Mu'az bin jabal dan kuda Baginda s.a.w beriringan dlm satu peperangan, muaz telah memohon satu hajat yang disifatkan oleh Baginda sebagai permintaan yg sangat agung dlm sejarah kehambaan manusia.

bertanya muaz kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yg mendekatkanku dgn syurga dan menjauhkanku drpd neraka.

Rasulullah s.a.w menjawab yg bermaksud: sungguh agung permintaanmu wahai muaz. lalu Baginda s.a.w bersabda yg beermaksud: 'iaitu engkau menyembah Allah dan tidak mensyirikkannya dgn sesuatu pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan puasa pd bln ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah apabila mampu.

Subhanallah. inilah permintaan yg agung terhasil dari kejernihan mata hati yg memandang dunia dgn pandangan hakiki

sepertimana yg disifatkan oleh hj abd malik karim amrullah(HAMKA) didlm tasawuf modennya: bagi mrka yg sentiasa mencari reda dan bimbingan Allah, diibaratkan pandangan mrka seperti mata yg memandang alan, sedang hatinta memandang Allah.

dunia hanya tempat persinggahan,
akhirat yg kekal abadi,
dunia adlh tempat kita mencari bekalan,
untuk dibawa bertemu TUHAN,
dunia adalah pentas lakonan
akan ditayang di akhirat nanti..

Jumaat, 23 Julai 2010

Formula dan acuan Allah

belum lagi terlaksana baru sahja di manifestasikan perlaksanaannya, seluruh alam menjadi kecoh. pelbagai komen paranoid terbit dari mulut semua lapisan masyarakat. yang cerdik jadi bodoh, yang jahat menjadi hangat. lalu keluarlah kenyataan2 yang menggambarkan kekecohan dan ketakutan itu.
"makan sup tangan?kata si bijak pandai.

"habislah jalan xcukup batu,habis digunakan utk merejam penzina?"bidas si ilmuwan.

"nanti non muslim memberontak?" tegas seorg ahli politik.

seribu satu reaksi ditonjolkan utk membantah usaha melaksanakan kanun jenayah Islam itu. sedangkan segala alternatif yg ade sekarang ini x sedikit pun mencegah penjenayah drpd terus-menerus melakukan fasad. mereka mencuba pelbagai wasilah utk mencegah jenayah sedangkan pencegahan hanya boleh dtg drpd Allah.

Allah taala berfirman bermaksud:"org lelaki yg mencuri dan org perempuan yg mencuri maka potonglah tangan mereka sebagai satu balasan atas sebab apa yg mrka telah lakukan,suatu cegahan dan ingatlah Allah maha kuasa lagi bijaksana" surah al-maidah:38

takut itu adalah perasaan hati.hati itu milik Allah. Allah jua yang mencampakkan perasaan gerun dlm hati manusia yg dikehendakinya.dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan Allah diguna pakai.walaupun hukuman kejam kerusi elektrik,gantung sampai mati, tembak dikhalayak ramai, ia x mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu urusan Allah.

cegahan inilah yg boleh mencegah manusia dr kembali menjamah jenayah.ketakutan yg dicampakkan Allah ke dlm hati manusia, bertujuan utk mencegah dirinya dan manusia lain drpd kerosakan yg membinasakan.

apa2 shj ancaman lain xmampu menimbulkan rasa gerun dan takut dlm hati penjenayah.walaupun manusia sudah begitu moden,ketakutan mrka masih ortodoks...menggeruni apa yang digeruni zaman berzaman.

hanya hukum Allah yg mampu menggerunkan hati kerana itulah tempat jatuhnya pandangan Allah.

hati tempat jatuhnya pandangan Allah
jasad lahir tumpuan manusia
utamakanlah pandangan Allah
daripada pandangan manusia

pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melullu
pandangan hati itu yg hakiki
kalau hati itu bersih

Rabu, 21 Julai 2010

Ahlan wa sahlan ya ramadhan

Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadan..Amiiiiiiiiiiiiiiiiiin ya Rabb.
doa yang tidak pernah lekang dibibir umat islam yg merindui kedatangan ramadan.

teringat sewaktu dimesir ungkapan "ramadan kareem" "Allahu akram".
berbeza suasana dimesir jika dibandingkan dgn suasaana di negara kita malaysia.persiapan utk menyambut kedatangan ramadan begitu meriah sekali bagi umat islam di mesir.bagi umat islam dimalysia sibuk membuat persiapan utk menyambut kedatangan aidilfitri sedangkan bulan ramadan belum tiba lagi.

bulan ramadan adalah bulan tarbiyah bagi umat islam.Didalamnya ada puasa, solat terawih, tadarus al-quran, sedekah, zakat dan lailatulqadr. Maha suci Allah yang memuliakan umat Muhammad s.a.w dengan sebaik- baik bulan, agar mereka dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk mencari sebanyak-banyak bekalan untuk dibawa bersama kealam yang kekal abadi.

Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur menggambarkan perjalanan orang-orang mukmin dalam bulan Ramadhan itu seperti melalui sebuah taman yang dipenuhi segala keindahan yang menyejukkan mata memandang setelah melalui tanah gersang yang dipenuhi pelbagai fitnah. Alangkah seronoknya orang-orang yang beriman, menerima kedatangan bulan Ramadhan untuk mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kearah membersihkan jiwa mereka dari segala dosa dan noda, menggembalikannya semula kepada fitrah sekaligus mencapai matlamat taqwa yang dijanjikan buat mereka. subhanallah.

Jadi apakah persediaan kita menjelang ketibaan tetamu agong yang wajib kita layani ini. Sekiranya kita diberitahu kedatangan seorang kenamaan ke rumah kita, pastinya kita tidak akan senang duduk. Berfikir untuk mengemas dan menghias rumah sebaik mungkin. Jika perlu dicat, diganti perabut dan dibaiki kerosakan yang ada pasti kita akan lakukan. Hasrat kita adalah untuk melayan tetamu tadi dengan sebaik mungkin, supaya tetamu merasa selesa berada di rumah kita. Itu belum lagi menyediakan makan minum yang enak-enak serta menyelerakan.

Sehinggalah tetamu tadi akan merasakan kedatangnya benar-benar dihargai dan sangat dialu-alukan.

persoalannya yang timbul disini bagaimana jika tetamu tadi itu adalah Ramadhan Al-Mubarak, bagaimana persiapan kita? Adakah kita merasa tidak senang duduk dengan kehadirannya, tidak membuat sebarang persiapan untuk kehadiran Ramadhan atau merasakan kehadirannya tidak penting. Kegembiraan seorang mukmin dalam menyambut kedatangan Ramadhan telah digambarkan oleh Baginda s.a.w melalui sepotong doa yang bermaksud: "Wahai Allah tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan rejab dan Syaban, serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan". Doa ini jelas memberi kefahaman bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang amat dinanti-nantikan oleh baginda dan begitu jugalah orang- orang yang beriman yang mentauladani Rasulullah s.a.w.

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian,

Ramai dikalangan kita merasa sedih jika tidak ada persiapan untuk menyambut aidilfitri, tetapi ramai yang tidak sedih jika tidak ada persiapan untuk meyambut Ramadhan. Bukan persiapan fizikal yang diperlukan untuk menghadapi Ramadhan, tetapi persiapan ruhi untuk menyambut Ramadhan sebagai tetamu agung dari Allah dengan penuh kemesraan dan kesyukuran. Oleh itu, ada beberapa persiapan yang wajar kita laksanakan sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak dan antara yang perlu sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Abdul Khaliq Al-Syarif (lihat www.Islamonline.net) ialah:

1. Bertaubat kepada Allah daripada segala dosa yang kecil mahupun besar dengan tujuan membersihkan diri dan hati untuk menempuh gerbang bulan ramdhan yang mulia dengan jiwa yang bersih dan suci.

2. Menjernihkan semula hubungan baik sesama manusia sama ada kedua-dua ibubapanya, sanak saudara mahupun sahabat handai khususnya sesama ikhwah.

3. Melatih diri dengan amal-amal kebaikan dibulan Syaban dengan
memperbanyakkan tilawah al-quran, qiyamullail dan puasa supaya dapat melaksanakan ibadat-ibadat tersebut dengan lebih sempurna pada bulan Ramadhan.

Bahkan Rasulullah s.a.w juga banyak berpuasa dalam bulan Syaban sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis sahih (lihat Riadh al-solihin/hadis: 1247).

4. Merujuk semula fiqh puasa, untuk mengingati semula kaedah puasa yang bertepatan dengan sunnah, berserta rukun dan syarat-syaratnya terutamanya berkaitan adab-adab puasa yang sering diabaikan. Dalam hal ini para pembaca boleh merujuk kitab-kitab fiqh yang muktabar seperti Fiqh Mazhab Syafie (Al- Fiqh Al-Minhaji) yang terdapat terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Saudara-saudari yang dikasihi,

Oleh itu, marilah bersama-sama mempersiapkan diri kita untuk menerima kunjungan Ramadhan dalam pesta ibadah yang menjanjikan ganjaran bonus berlipat kali ganda. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui ini lebih baik dari yang pernah kita lalui. Disamping taqwa sebagai sasaran, marilah kita bersama menginsafi diri kita dengan merenung kebesaran Allah diatas segala nikmatNya kepada kita disamping berazam dengan sepenuh hati untuk melakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini. Dengan harapan juga agar Ramadhan kali ini tidak berkecil hati menerima layanan kita. Wallahu a'lam.

Selasa, 8 Jun 2010